Wednesday 19 March 2014


pendapat seseorang ni yang mengatakan kebanyakan generasi muda suka 'rebel' tetapi tidak memberi sebarang kemajuan kepada agama, bangsa, mahupun negara. sekadar protes. mereka juga suka melawan, dan apabila orang memberi nasihat mereka tidak boleh terima..

sedih bila mengenangkan, kerana aku juga berada dalam golongan generasi muda ini. ada sedikit sebnyak ciri-ciri yang digambarkan ada pada diri aku.

pengalaman hari ini dan semalam. banyak membuatkan aku terfikir.
buat masa ni, aku merupakan pelajar dalam bidang jururawat. minggu ini adalah minggu kami ditempatkan di pusat aktiviti warga emas sekitar tempat aku belajar. semalam, ada kawan yang sama kumpulan dengan aku di beri nasihat oleh tuan rumah supaya tidak menyibuk hal-hal berkaitan dengan makanan. hmm banyak isu pasal makanan di sini.. warga emas yang berada disini mempunyai sikap perkauman yang tinggi. makan dengan bangsanya sahaja. buat aktiviti pula tidak mahu bersama-sama. bila ada makanan disediakan, ianya pasti tidak cukup untuk semua walaupun bilangan yang diberi oleh pihak berkenaan lebih dari jumlah ahli pusat aktiviti itu. rupa-rupanya ada segelintir yang suka membawa makanan itu kepada ahli keluarga masing-masing.

jadi ada beberapa pengajaran yang boleh aku dapat dari situasi yang satu ini, walaupun tak pasal-pasal termasuk dalam konflik ini:
1) sikap perkauman yang tinggi membuatkan kita x boleh bersatu dalam masyarakat. boleh jadi membawa kepada pergaduhan pula. jadi kami dinasihati supaya tidak bersikap seperti warga emas itu.

2) kita perlu menjadi amanah dan jujur. apabila kita diberi sesuatu untuk dikongsi bersama, kongsilah dengan adil. bahagi sama rata. andai ada lebihan barulah kita punya hak untuk membuat sesuatu dengan perkara yang terlebih itu supaya tidak membazir. bila kita mengambil lebih dari yang sepatutnya, ada orang yang tidak mendapat bahagiannya yang sepatutunya. bukan itu sahaja, kita menjadi tidak amanah. dalam kes makanan ini, andai kita bawa pulang bahagian oraang lain untuk keluarga kita. halalkah makanan itu? lebih-lebih lagi kalau orang yang tak dapat bahagiannya tidak redo.


di satu tempat yang lain pula (ini adalah kelemahan atau kekurangan dari pihak kumpulan aku sendiri)
ceritanya lebih kurang begini..
 andaikan kita masuk rumah orang, kita berbuat sesuka hati di dalamnya tanpa meminta izin atau persetujuan tuan rumah. apa agaknya perasaan tuan rumah itu? mungkin marah, tidak selesa atau tidak berpuas hati. hmm.. pastinya sampai satu tahap tuan rumah akan meluahkan isi hatinya kepada tetamu yang kurang sopan tadi.
bagaimana pula kalau tuan rumah menganggap tetamunya seperti orang gaji? di suruh buat itu dan ini. sehingga, tetamu merasakan dia juga punya hak menggunakan barangan didalam rumah untuk memenuhi kehendak tuan rumah yang pelbagai ragam tadi.

kadang-kadang kita ni pada satu tahap, tak nampak dah apa salah kita pada orang lain. yang kita nampak, salah orang lain sahaja. rasa tidak puas hati mula menerjah minda. andai tiada siapa yang cuba menegur, pasti kita tidak nampak dimana salah kita.

jadi wahai generasi muda sekalian. lapangkanlah dadamu untuk menerima segala nasihat, teguran, celaan.. dan lain-lain. mmm.. mungkin perlukan latihan supaya, kita kekal positif dan cuba berubah ke arah yang lebih baik..

tiada salam pembuka kata,
tiada terima kasih pengakhir cerita;
berfikir dahulu sebelum mengata,
supaya kita tidak dicerca.

Tuesday 11 June 2013

Malam Tautan Kasih (part 5)

melihat orang lain bahagia 
dan kita gembira dengan kebahagiaan itu.. 
buat hidup kita lebih tenang dan indah







jiran sebelah belakang meja makan
say no tu scandal!
depa ni kawan saja no..






malam tautan kasih (part 3)

tengok apa khusyuk sangat tu.. 

secret admire <3




puteri2 kipas dan kipas2nya.. 


bersama ADUN cheras.. <3 hehehe


tumpang meja sat..

Malam tautan kasih (part 4)


penantian dalam kesabaran
jadilah dikalangan orang2 yang bersabar
tak lama
sampai satu masa nanti Allah akan berikan ganjaranya..
bersabarlah wahai pejuang

budak baik... 

perasmian majlis oleh Prof Ho



srikandi Islam.. ^-^

teman seperjuangan.. moga kekal atas jalan yang satu ini.. insya Allah!

one big family.. ^^,

#bermacam ragam #happy

senior yang diraikan..